Tuesday, 16 June 2015

Resepi Sambal Ayam Penyek

Lain orang lain caranya. So, I share beberapa resepinya. Sedap tak sedap ikut air tangan kita. Orang kata, air tangan seseorang (yang masa) tu berbeza-beza. Ada orang masak sembarangan jer pun rasanya sedap. I couldn't vouch for myself. Itu kena tanya orang yang makan masakan I kan? Wakakaka.



Sambal 1

Sedikit minyak masak 
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
10 biji Cili padi 
10 biji Bawang kecil, hiris 3 biji 
Bawang putih, hiris 
5 biji Tomato, potong 4 5 cm 
Belacan 
2 sudu Ikan Bilis 
3 sudu gula merah/secukup rasa 

Cara Masak : 

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. 

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 

* Untuk sambal rasa sedap, tumbuk dalam lesung batu bukan dengan alat pengisar elektronik. Kena rajin sikit. Kudrat kita tu jadi penyedap. Ha Ha Ha


Picture from internet

Sambal 2 (lebih kurang jerr)

6 Biji cili merah
5 biji cili padi (tambahkan jika perlu)
6 ulas bawang merah
11/2 inci belacan
2 biji tomato
segenggam ikan bilis goreng
Garam dan gula secukup rasa.

Cara sediakan sambal ayam penyet :

1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.
2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.
3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.
3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap

Untuk Sup- 

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Untuk Tempe dan Tauhu 

Goreng- 2 keping tahu – potong dadu 1 paket tempe – potong nipis Sedikit tepung beras. Minyak masak untuk menggoreng. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam. Goreng hingga garing. 

Cara hidangan- Hidangkan ayam penyet, tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih. *Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam. 

Selamat mencuba.




No comments :

Post a Comment