Buntu!
Jam 3am nanti nak sahur. Sambung puasa qadha yang tertinggal Ramadhan lalu. Hmmmmm... apa yang bisa bikin buka selera subuh begitu? Ikan masin off limit! No no no! kena berpantang juga lho. Jangan ikut sedap mulut ja.
Bah! baru dapat idea bernas. Saya memang suka makan ni. Telur dadar lah! Murah, simple dan senang dimasak. Lima minit siap.
Bahan2
Telur ayam. Biasanya saya masak 3 biji sekaligus
1/2 bawang besar - dihiris nipis2
1 biji tomato - dihiris nipis
5 biji cili padi - hiris halus
1 biji cili hijau or merah
Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak
Cara buat simple jerrr. Masukkan semua dalam mangkuk dan kacau dan gaulkan sehingga telur kembang. Selepas itu panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila dah kira2 panas tuangkan telur tadi dan ratakan. Kecilkan api. Terbalikkan telur tadi beberapa kali sehingga masak. Siap untuk dimakan.
Yeah... my verdict! tunggu i masak dulu ya.
Asal ada aje ya.


No comments :
Post a Comment