Monday, 29 September 2014

Masak Apa Hari Ini ~ Dadar Telur Pedas

Buntu!

Jam 3am nanti nak sahur. Sambung puasa qadha yang tertinggal Ramadhan lalu. Hmmmmm... apa yang bisa bikin buka selera subuh begitu? Ikan masin off limit! No no no! kena berpantang juga lho. Jangan ikut sedap mulut ja.

Bah! baru dapat idea bernas. Saya memang suka makan ni. Telur dadar lah! Murah, simple dan senang dimasak. Lima minit siap.

Bahan2


Telur ayam. Biasanya saya masak 3 biji sekaligus
1/2 bawang besar - dihiris nipis2
1 biji tomato - dihiris nipis
5 biji cili padi - hiris halus
1 biji cili hijau or merah
Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak

Cara buat simple jerrr. Masukkan semua dalam mangkuk dan kacau dan gaulkan sehingga telur kembang. Selepas itu panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila dah kira2 panas tuangkan telur tadi dan ratakan. Kecilkan api. Terbalikkan telur tadi beberapa kali sehingga masak. Siap untuk dimakan.

Yeah... my verdict! tunggu i masak dulu ya.


Asal ada aje ya.

Masak Apa Hari Ini ~ Ikan Bawal Kukus

Bingung!

Terkadang nak masak apa hari ini pun bisa jadi bingung.... bukan senang nak masak hari2 tau! Bah kata orang Sabah ~ takkan seumur-umur makan ikan goreng saja! Jemu.

Jadi kalau memang tahu goreng ikan saja? or rebus telur saja? or masak air ja? or masak nasi je? He he he..... gelak guling-guling.

My niece selalu kata dia pandai masak maggi pelbagai perisa. hi hi hi. Bijak bijak.

So I decided to blog my biggest dilemma in my adult life. Mana tahu ada yang nak kongsi? silakan..silakan... ahkak redha (wakakaka).

By the way, before i merapu further i nak minta puji sikit. Ramai orang kata, my Air Tangan ni sedap. Eh eh... faham kah uols maksud air tangan tu? kalau tak tahu  ---> ia adalah peribahasa melayu yang membawa maksud : (rasa) masakan seseorang.

So hari ini i nak masak apa ya? kebetulan lagi diet dan puasa, i nak masak simple jer. 

Masak Stim Ikan Bawal. Nanti I upload gambar hasilnya kemudian ya.

Resepi:

Seekor bawal putih
2  ulas bawang putih
2 sudu kicap cair
1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
Setengah sudu kecil minyak bijan
1/2 tsp serbk lada sulah
Daun bawang
1 cawan air
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara Masak:

1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk lada sulah dan biarkan seketika
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
3. Kemudian masukan sos tiram, kicap dan air
4.  Kacau seketika dan biar kan sehingga mendidih
5. Setelah itu susun  daun bawang diatas pengukus dan letakkan ikan di atasnya
6. Susun halia di atas ikan dan tuang rata minyak bijan.
7. Tutup kuali dan kukus selama 15 minit hingga ikan masak dengan api sederhana
8. Bila dah masak angkat ikan dan tuang kan kuah yang telah disediakan tadi.

Selamat mencuba resepi mudah simple dan low calorie ni. Kalau uols nak tambah2 perisa ok jerrr.

Yummy yummy food.

*Masak apapun, sambal belacan mesti ada. My sambal mesti pedassssssss!
Tadaaaa.. My verdict!

Bawal Masak kukus

Bila I turun nak masak tadi rupanya stock bawal putih habis yang ada bawal hitam. Tak apa adik beradik la tu.

Menu lain untuk malam ni x perlu resipi. Pandai2 koranglah nak buat camner !

Mix sayuran yang dikukus

Diet sangatlah kan. Kolestrol I tinggi lah uols so kena makan leafy vege cam ni.

Cicah sikit dengan sambal sedap juga.


Meja makan I ni memang tak sah kalau takde sambal or air cili padi. Lidah dah terbiasa makan cili dah tak terasa pedas dah. Literally!

Alhamdulillah. Selamat berbuka puasa.