Friday 17 July 2015

1Syawal 1436H Eid Mubarak

Salam to All. 

17/7/15 - Hari kemenangan bagi muslimin dan muslimat setelah sebulan berpuasa. Today we celebrate 1st Syawal   An event usually celebrated among families and friends. Our tradition of Open House inviting all to our house for feasts and visiting. 
























Wednesday 15 July 2015

Resepi Tomyam Kung Paste

Siapa suka Tomyam Kung yang pedas tu? Saya! Saya! Saya suka. Soup pedas2 memang fav saya. So susah2 I berusaha cari resepi ni. Harap kita pakat ramai2 cuba!

Tomyam Kung


Untuk hidangan 4/5org makan . 



Masak dengan api kecil. Sentiasa kacau elak hangus kat bawah kuali


Sampai pekat macam ni


Paste yang dah siap. Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan letak kat peti ais


Bahan-Bahan:

Bahan untuk tomyam paste:

~ 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
~ 1biji bawang besar, hiris kasar
~5 ulas bawang putih, hiris kasar
~2 inci lengkuas. hiris kasar
~2 inci halia. hiris kasar
~5 helai daun limau purut, hiris kasar
~1 sudu besar serbuk ketumbar
~2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
~1 cawan air asam jawa
~2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
~2 batang serai , hiris nipis
~ 3 sudu besar sos ikan 
~1 senduk minyak untuk menumis

Selamat mencuba! 

**Boleh try time raya. Cari kelainan.

My Rendang Untuk Raya 2015

Tak tahulah sedapkah tidak. Bagi I every rendang tu sedap jerrr... I paling suka rendang yang berjual kat The Mall dulu (dekat tangga) tapi The Mall dah diruntuhkan. Dulu2, kalau I sat kat Panpac PWTC, memang selalu beli "tapau" kat situ.

Selalu, prior to now, I selalu masak Rendang Tok. Dap Dap Dap juga. Jom cuba yang paling mudah kat bawah pula.



1 kg daging lembu dipotong kecil (ikut kesuaian) 
1 mangkuk santan pekat
2 biji bawang besar sederhana**
3 ulas bawang putih**
3 batang serai**
sedikit halia, **
sedikit lengkuas**
cili kisar ikut kepedasan yang disukai
sedikit kunyit hidup (optional nak isi boleh taknak isi pun boleh)**
3@ 4 biji cili api (ni pun optional kalau suka pedas menyengat boleh taruk)**
air asam jawa sedikit
2 sudu besar kerisik
garam dan gula
*bahan yg digoreng tanpa minyak sebentar kemudian di kisar halus
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
6 biji buah pelaga
sebatang kulit kayu manis pecah2 kan dulu guna lesung senang nak blend nanti
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang
* bahan utk dihiris halus
daun kunyit dan daun limau purut





Caranya:

1. kisar bahan bertanda ** hingga hancur (isi sedikit air senang kerjanya) dan kisar juga bahan penumis hingga halus

2. panaskan kuali..isi sedikit minyak..kemudian tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau dan pecah minyak..kemudian masukkan bahan penumis yang dikisar halus tadi.. masak sehingga ia pecah minyak dan agak lama ye dan sedikit kering...(dikuatiri nanti sakit perut baik tumis lama2 sikit)

3. kemudian masukkan daging ..masak sehingga empuk..masukkan santan pekat tadi ...biarkan ia agak kering dan masukkan kerisik, air asam jawa sedikit beserta garam dan gula..dan daun kunyit dan daun limau purut..masak sehingga empuk (terpulang pada anda inginkan rendang yang kering atau ada kuah)

Selamat Mencuba.

Thursday 18 June 2015

Bergedel Daging dan Soto Ayam.

2 Ramadan, 19 Jun 2015.

Hari ini, ada teman mahu singgah ke rumah so I masak Soto Ayam lah. Kerana ada lebihan nasi sahur semalam, itu pula I nak buat nasi goreng ala Chinese Style. Cukuplah kan? Pemimpin kata jangan membazir!

Nak buat bergedel pula. Ini resepinya. Mudah ja.



500 gram kentang (direbus dan dihancurkan)
200 gram daging kisar
2 biji telur (dipukul)
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit bahan perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara masakan Resepi Bergedel Daging:
1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.
5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.

SELAMAT BERIFTAR

MEE GORENG BASAH DAN WANTAN MEE

1 Ramadan. Teringin makan mee goreng basah. Wanten mee pun ok juga. Hmmm taulah selera orang berpuasa. Macam-macam yang diidamkan. 

So I ke Giant beli apa yang patut. Jam 5PM nanti start projek ku jadi MRSCHEF's.

Jom redah.



500 gm mee kuning ~ cuci bersih dan toskan
Taugeh secukupnya ~ di buang akar dan cuci kemudian toskan
Tauhu ~ goreng dan potong dadu
2 pokok sawi ~ di potong asingkan batang dan daun. Batang sawi ketuk dan potong 1 inc
6 ekor udang
200 gm daging ~ di rebus
air rebusan daging secukupnya
2 biji telur ~ di kocok
Daun sup dan daun bawang di hiris
Cili merah ~ di hiris untuk hiasan
Limau kasturi 

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih ~ di tumbuk
3 ulas bawang merah ~ di tumbuk
2 camca besar cili kering ~ kisar

Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap  manis

Panaskan minyak
Goreng tahu, angkat dan ketepikan
goreng telur sekejap aje, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak
Gorengkan udang sekejap aje dan angkat
panaskan semula minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan bahan sos satu persatu dan masak
Masukkan daging dan air rebusan daging
Air rebusan letak lebih-lebih untuk dapatkan mee yang basah. Jika kurang air boleh tambah air biasa
Masak hingga didih
Bila dah didih masukkan batang sawi dahulu
Kemudian masukkan mee
kacau mi rata-rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 
Kemudian masukkan telur, udang , tauhu, daun sawi dan taugeh
Tutup api dan terus keluarkan mi dari kuali dan letakkan dalam mangkuk
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup , bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi


Selamat berbuka. Semoga ibadah puasa kita diterima.

Tuesday 16 June 2015

Resepi Sambal Ayam Penyek

Lain orang lain caranya. So, I share beberapa resepinya. Sedap tak sedap ikut air tangan kita. Orang kata, air tangan seseorang (yang masa) tu berbeza-beza. Ada orang masak sembarangan jer pun rasanya sedap. I couldn't vouch for myself. Itu kena tanya orang yang makan masakan I kan? Wakakaka.



Sambal 1

Sedikit minyak masak 
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
10 biji Cili padi 
10 biji Bawang kecil, hiris 3 biji 
Bawang putih, hiris 
5 biji Tomato, potong 4 5 cm 
Belacan 
2 sudu Ikan Bilis 
3 sudu gula merah/secukup rasa 

Cara Masak : 

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. 

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 

* Untuk sambal rasa sedap, tumbuk dalam lesung batu bukan dengan alat pengisar elektronik. Kena rajin sikit. Kudrat kita tu jadi penyedap. Ha Ha Ha


Picture from internet

Sambal 2 (lebih kurang jerr)

6 Biji cili merah
5 biji cili padi (tambahkan jika perlu)
6 ulas bawang merah
11/2 inci belacan
2 biji tomato
segenggam ikan bilis goreng
Garam dan gula secukup rasa.

Cara sediakan sambal ayam penyet :

1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.
2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.
3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.
3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap

Untuk Sup- 

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Untuk Tempe dan Tauhu 

Goreng- 2 keping tahu – potong dadu 1 paket tempe – potong nipis Sedikit tepung beras. Minyak masak untuk menggoreng. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam. Goreng hingga garing. 

Cara hidangan- Hidangkan ayam penyet, tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih. *Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam. 

Selamat mencuba.




Resepi Ayam Penyet



Ada sesiapa suka makan Ayam Penyek? Especially during Ramadhan? yeah.... thats me. Ramadhan tahun ni inshallah I nak masak Ayam Penyet Zero GST! Ha Ha Ha ... bak kata Ahmad Maslan. Kalau nak yang sedap, beli saja tapi mahal plus GST.

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup) -kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng

Untuk Sambal 

Segenggam cili padi merah
3 ulas bawang putih
tepung jagung secukup rasa 
2 sudu minyak masak

Untuk Nasi

2 pot beras rendam selama 2 jam
Sehelai daun pandan

Untuk Sambal Terung

3 biji cili merah*
segenggam ikan bilis*
tomato*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 sudu besar cili kisar
air asam jawa
kicap
garam dan gula secukup rasa
terung panjang (belah 4, potong senget2)
minyak masak 4 sudu

Untuk sambal kicap

cili padi segenggam
3 ulas bawang putih
kicap ABC saus manis

Lain- Lain

tempe (potong kecik2)
tauhu (kalau yg tebal tu, bahagi dua then potong segitiga.. so dapat 4)
daun salad
timun

Cara- cara menyediakan:-




Untuk ayam


1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini 
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Nasi
1. kukus nasi dlm loyang wat kek yg bulat tu.. kalau ade mangkuk kecik2 yg peniaga nasi kukus wat tu lagi bagus..
2. letak daun pandan dalam air kukusan.

 Untuk Sambal

1. tumbuk bawang putih sampai lumat... lepas tu masukkan cili padi.. tumbuk jugak tapi takyah lumat sangat...
2. panaskan minyak..
3. masukkan bahan yang dah tumbuk tadi..
4. masukkan air tepung jagung (tepung jagung tu sikit je.tak perlu banyak sangat, nanti jadi cam gam)
5.kacau2 and angkat.. xyah buh garam

untuk Sambal terung

1. tumbuk bahan bertanda *
2. panaskan minyak
3. masukkan bahan yang dah ditumbuk.. kacau2
4. masukkan cili kisar.. masak sampai pecah minyak..
5. taruk air asam jawa, garam, gula kicap..
6. campurkan dengan terung yang dh digoreng

Untuk sambal Kicap

1. tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat..
2. tuangkan kicap abc.. (jgn bnyk sgt.. nanti cair.. kicap wong solo kan pekat.. kalau tercair, tambah balik bwg putih ngn cili padi biar balance balik)


hasilnya lebih kurang begini


Satu lagi cara dan resepi Ayam Penyek 


RESEPI NASI AYAM PENYET
Bahan-bahannya :
● 4 ketul ayam (lebih sedap bahagian peha)
● 6 ulas bawang merah#
● 2 ulas bawang putih#
● 1 labu bawang besar#
● 3 sudu ketumbar*
● 1 sudu jintan manis*
● 1 sudu jintan putih*
● 1 inci kunyit hidup#
● 2 inci halia#
● 3 batang serai (Ditik memanjang hingga bercerai)
● 1 inci lengkuas#
● 2 biji cili merah#
● 2 biji buah keras#
● 2 sudu besar santan#
● 2 sudu gula merah#
● garam secukup rasa#
Cara-caranya :
1. Sangai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
(Sebaiknya ayam di kelar sedikit supaya bumbunya menyerap)
2.Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.
4. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Goreng ayam dalam minyak penuh.
Bahan Sedak :
● 3 sudu besar tepung beras
● sedikit putih telur
● garam
● air dari perapan ayam.
Cara sediakan bahan serdak :
1. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.
2. Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.
Sambal ayam penyet :
6 Biji cili merah
5biji cili padi (tambahkan jika perlu)
6 ulas bawang merah
11/2 inci belacan
2 biji tomato
segenggam ikan bilis goreng
Garam dan gula secukup rasa.
Cara sediakan sambal ayam penyet :

1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.
2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.
3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.
3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.